
18 Mac 2008, semasa mengikuti usrah gabungan WADAH di Sekretariat ABIM Kelantan, baba angkatku menerima SMS tentang berita Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah berada dalam keadaan yang amat tenat. Beliau pada malam itu telah diziarahi oleh Menteri Besar Kelantan yang turut menziarahi beliau.Pagi ini khabar yang ku terima TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 74 tahun. Allahyarham yang nama penuhnya Abdullah bin Abdul Rahman adalah antara guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi dari seluruh negara hingga dari Pattani.Allahryarham meninggal jam 7:10 pagi ini dan akan dikebumikan di perkuburan Lubuk Tapah jam 5: 00 petang ini....